BERITA UTAMA
PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal

PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat – Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) menjanjikan gegaran pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat bermula hari ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyifatkan kerajaan perpaduan gagal menangani isu membelenggu rakyat.

Kata beliau, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung semalam memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.

“Antara masalah utama yang kami akan gegarkan esok (hari ini) adalah pelaksanaan tempang penyasaran subsidi diesel dan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-zionis yang boleh jejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

“Tidak lupa juga dengan enam ahli Parlimen pengkhianat Parti Bersatu yang melompat.

“Kami bertekad untuk terus membawa suara dan resah rakyat dalam menyemak imbang ketempangan pelaksanaan dasar-dasar yang mencekik kehidupan kita oleh Kerajaan Madani,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal turut membuka peluang untuk pengguna media sosial itu menyatakan pandangan dan cadangan di ruangan komen hantaran tersebut. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *