Anthony Loke semput...

Loke letak jawatan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, keputusan itu selaras dengan pendirian politik partinya berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, yang sebelum ini disabitkan kesalahan dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini, petang ini.

Menurutnya, surat peletakan jawatan sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman melalui kaedah tahanan rumah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, Anwar ketika itu meminta beliau meneruskan tugas sehingga urusan pembayaran denda RM50 juta diselesaikan dan Najib dibenarkan pulang ke kediamannya.

Loke berkata, pendirian DAP bukan bermaksud mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pengampunan, sebaliknya berasaskan kebimbangan terhadap mesej yang mungkin disampaikan kepada masyarakat sekiranya tahanan rumah diberikan kepada bekas Perdana Menteri yang terlibat dalam skandal kewangan besar.

“Peletakan jawatan ini mencerminkan pendirian parti saya, DAP, terhadap keputusan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib.

“DAP menghormati kuasa dan prerogatif Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pengampunan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Namun demikian, kami berpandangan bahawa pemberian tahanan rumah kepada Najib, yang terbabit dalam skandal yang membawa kesan begitu besar kepada ekonomi dan imej negara, berpotensi membawa satu mesej tidak wajar kepada generasi akan datang,” katanya.

Menunggu Najib tiba di kediaman

Mengulas perkembangan pembayaran denda, Loke berkata, beliau dimaklumkan bahawa keseluruhan RM50 juta sudah dijelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Bagaimanapun, berdasarkan pengesahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Najib masih belum dibenarkan pulang ke kediamannya kerana dibawa ke klinik pergigian untuk menjalani pemeriksaan yang sudah dijadualkan.

Sehubungan itu, Loke menegaskan peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib benar-benar tiba di rumah.

“Namun, pendirian saya tidak berubah. Pendirian saya jelas dan saya sudah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) serta pegawai kementerian bahawa sejurus Najib sampai ke rumahnya, peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta.

“Kalau malam ini Najib jejak di rumah, maka (peletakan jawatan) berkuat kuasa, kalau esok, esoklah,” katanya.

Loke turut memaklumkan beliau sudah menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet bagi memastikan segala urusan pentadbiran kementerian berjalan lancar dan proses peralihan tugas dapat dilaksanakan dengan teratur.

Pastikan kesinambungan pentadbiran kementerian

Dalam sidang media sama, Loke merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepadanya sepanjang 47 bulan menerajui Kementerian Pengangkutan sejak Disember 2022.

Beliau menegaskan peletakan jawatannya tidak seharusnya menjejaskan pelaksanaan dasar, projek dan perancangan yang sedang berjalan kerana semua urusan kementerian akan diteruskan seperti biasa.

Antara inisiatif yang akan diteruskan termasuk pelaksanaan pas perjalanan My50, operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijadualkan beroperasi pada Februari tahun depan.

Loke berkata, meskipun tidak lagi menerajui kementerian itu selepas peletakan jawatannya berkuat kuasa, beliau akan terus memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen dan memberikan sokongan kepada pegawai serta warga Kementerian Pengangkutan.

“Saya tetap Ahli Parlimen. Jadi, saya akan tetap memberikan sokongan kepada pegawai dan Kementerian Pengangkutan. Apa sahaja yang boleh saya bantu dan sumbangkan tenaga, saya akan kekal membuat demikian,” katanya.

Pengumuman itu menjadikan isu tahanan rumah Najib bukan sahaja perkembangan berkaitan pelaksanaan hukuman mahkamah dan pengampunan, malah turut membawa implikasi terhadap kedudukan politik dalam kerajaan perpaduan.

Keputusan Loke meletakkan jawatan memperlihatkan pendirian DAP yang mahu membezakan antara penghormatan terhadap prerogatif diraja dengan pendirian politik parti terhadap implikasi pemberian tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *