Kebebasan bersuara tidak boleh disekat, undang-undang jangan jadi senjata politik

KUALA LUMPUR – Kebebasan bersuara dalam negara tidak seharusnya disekat hanya kerana sesuatu pandangan atau kritikan tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan, sebaliknya perlu dipertahankan sebagai asas kepada sebuah demokrasi yang matang.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Tenggara, Dr Naqib Ghazali berkata, beliau memandang serius kebimbangan mengenai kebebasan media yang semakin terbatas serta persepsi wujudnya penguatkuasaan undang-undang secara terpilih berdasarkan kepentingan politik.

Menurutnya, kritikan terhadap kerajaan, perbezaan pendapat dan teguran membina adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang sihat dan tidak sepatutnya dianggap sebagai ancaman hanya kerana tidak menyebelahi pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional berhubung isu kebebasan media dan penguatkuasaan undang-undang dalam ekosistem digital negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, undang-undang perlu dikuatkuasakan secara adil, konsisten dan tanpa pilih kasih, tanpa mengira latar belakang politik, kedudukan atau pihak yang mengemukakan sesuatu pandangan.

Dr Naqib berkata, beliau menyokong usaha kerajaan membanteras penipuan dalam talian, penyebaran fitnah dan pelbagai bentuk jenayah siber yang boleh mengancam keselamatan masyarakat.

Bagaimanapun, usaha menjamin keselamatan ruang digital tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan bersuara yang sah atau mengambil tindakan terhadap individu semata-mata kerana pandangan mereka berbeza dengan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara telus, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh atau pertimbangan politik.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, kematangan sesebuah demokrasi tidak diukur berdasarkan sejauh mana rakyat bersetuju dengan kerajaan, sebaliknya melalui kesediaan pemerintah menerima kritikan, menghormati perbezaan pandangan dan menjamin hak rakyat untuk bersuara.

Beliau menegaskan, setiap warga negara perlu diberikan ruang untuk menyampaikan pandangan tanpa dibayangi kebimbangan dikenakan tindakan undang-undang secara tidak adil.

“Demokrasi yang matang bukan bermaksud semua pihak mesti bersetuju dengan kerajaan, tetapi setiap pihak berhak menyuarakan pandangan tanpa takut dikenakan tindakan yang tidak adil,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *