Polis siasat video tular dakwa salah laku anggota di Puncak Erskine

GEORGE TOWN – Polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung video tular di media sosial, yang mendakwa berlaku salah laku membabitkan anggotanya ketika menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang di Puncak Erskine, Jalan Fettes di Tanjung Tokong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan video itu hari ini, susulan penyebarannya di media sosial yang menarik perhatian masyarakat.

“Satu laporan polis telah diterima daripada anggota polis yang terbabit dan dia menafikan dakwaan berlaku salah laku rasuah semasa pemeriksaan dijalankan.

“Berikutan itu polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian yang dipaparkan dalam video tular itu, di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Abdul Rozak berkata, aspek pematuhan prosedur dan tatatertib anggota polis yang terlibat turut akan disiasat.

Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video berkenaan atau membuat sebarang spekulasi menjejaskan siasatan dan mana-mana saksi, individu terlibat serta pihak mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Zahirrudin Ismail menerusi nombor 014-3189026.

Terdahulu tular di media sosial beberapa video memaparkan dua anggota polis unit kereta peronda menahan sebuah kereta dinaiki beberapa individu dan memeriksa mereka dengan perakam video tersebut mendakwa anggota polis berkenaan mengambil duit daripada kumpulan tersebut. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *