SHAH ALAM – Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1 Oktober lalu tanpa membawa dadah berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa Laos, pesawat itu berlepas dari Subang ke Luang Prabang, Laos, dengan membawa tiga individu.
Mereka melibatkan masing-masing seorang juruterbang warga Singapura, seorang pembantu juruterbang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Filipina.
Setakat maklumat diperoleh, pesawat berkenaan dipercayai tidak membawa 521 kilogram methamphetamine ketika berlepas dari Malaysia. Sebaliknya, dadah itu dipercayai diambil selepas pesawat berkenaan tiba di Luang Prabang.
Selepas memperoleh bekalan itu di Laos, pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah ke Filipina sebelum ia dirampas dalam operasi pihak berkuasa negara itu.
Hussein berkata, siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai diseludup untuk pasaran Manila, bukan untuk diedarkan di Malaysia.
Dengan kata lain, berdasarkan maklumat setakat ini, peranan Malaysia dalam laluan tersebut dipercayai hanya sebagai lokasi asal pesawat berlepas, manakala Laos menjadi lokasi pengambilan bekalan dadah sebelum ia dibawa ke Filipina.
Laluan penerbangan dipercayai digunakan ialah dari Subang ke Luang Prabang, Laos, sebelum meneruskan perjalanan ke Filipina.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Tiga individu berada dalam pesawat ketika berlepas dari Malaysia itu turut menjadi sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa berkaitan kes itu.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
