KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya mengemukakan komen berdasarkan fakta dan tidak membuat tuduhan sesuka hati, terutama terhadap individu yang melakukan sesuatu untuk kepentingan masyarakat.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang menghina atau memperlekehkan usaha pihak lain yang melakukan kebaikan kepada masyarakat.
“Moga menjadi pengajaran kepada semua. Nak komen, sila komen dengan fakta, bukan dengan sesuka hati buat tuduhan. Jika kita tidak boleh buat baik, jangan hina orang yang buat baik pada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Kenyataan itu dipercayai susulan komen seorang pengguna Facebook, Shafii Halid, terhadap hantaran Akmal sebelum ini.
Dalam perkembangan sama, Shafii tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Akmal berhubung komen yang dibuatnya itu.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Shafii memohon maaf dan berharap Akmal dapat menerima permohonan berkenaan.
“Assalamualaikum Tuan Akmal Saleh. Saya Shafii ingin memohon maaf secara terbuka dengan komen yang saya sudah buat pada posting Tuan.

“Saya harap Tuan memaafkan saya. Maaf sekali lagi sebab baru buat posting memohon maaf pada pagi ini, sebab saya baru buka telefon dan melihat ramai yang tag saya dengan kata-kata yang kesat, malah sampai tag isteri saya yang tidak ada kena mengena dengan apa yang saya sudah buat,” katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Shafii turut mengulangi permohonan maafnya kepada Akmal dan berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan.
Kenyataan kedua-dua pihak itu turut memperlihatkan bagaimana pertikaian yang bermula daripada komen di media sosial boleh berkembang sehingga membabitkan pengguna lain dan ahli keluarga yang tidak berkaitan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
