Belasah Kanada, Carolan belum puas hati aksi Speedy Tigers

IPOH: Kemenangan besar 6-0 ke atas Kanada tidak bermakna Speedy Tigers sudah mencapai tahap permainan terbaik apabila masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi lebih getir dalam Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-32.

Ketua jurulatih Malaysia, Brendon Carolan berkata anak buahnya mempamerkan permulaan permainan yang baik dengan mengawal tempo, namun mengakui aksi pasukan sedikit longgar selepas memperoleh kelebihan jaringan.

Beliau berkata, kelemahan mengawal permainan itu perlu segera diperbaiki kerana ia boleh mengundang padah apabila berdepan pasukan lebih berpengalaman seperti Pakistan dan Australia.

“Kami mengawal tempo permainan dengan baik pada awalnya, tetapi permainan menjadi sedikit longgar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jika kami membiarkan keadaan itu berlaku ketika menentang pasukan seperti Pakistan, khususnya dalam aspek serangan balas, atau Australia, ia boleh memudaratkan kami,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Hoki Azlan Shah.

Mengulas situasi tanpa bolos Malaysia dalam perlawanan menentang Kanada, Carolan berkata peningkatan aspek pertahanan pukulan sudut penalti menjadi antara perkembangan positif hasil kerja keras pasukan sepanjang enam bulan lalu.

Katanya, keupayaan mempertahankan situasi pukulan sudut penalti amat penting kerana ia mampu menentukan keputusan perlawanan, khususnya ketika berdepan tekanan lawan.

Justeru, beliau mengingatkan pemain supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan sekarang kerana masih banyak aspek perlu dipertingkatkan termasuk kawalan penguasaan bola dan keberkesanan pukulan sudut penalti. – Berita Harian

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *