BERSATU bincang pelan peralihan kepemimpinan

KUALA LUMPUR: BERSATU sudah memulakan perbincangan bagi pelan penggantian parti itu, termasuk proses berhubung peralihan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang berkata perbincangan bagi tujuan itu dilakukan secara tertib demi kelangsungan perjuangan parti.

“Saya nak tegaskan BERSATU adalah satu-satunya parti yang sudah memulakan perbincangan proses peralihan pucuk pimpinan.

“Saya belum dengar parti lain. BERSATU berlaku adil kepada Tan Sri Muhyiddin. Tiga tahun yang lalu beliau mengisytiharkan tidak lagi mahu dipertandingkan dalam pemilihan parti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Bagaimanapun, oleh kerana akar umbi mendesak beliau teruskan, maka beliau meneruskan pimpinan kerana ini kehendak parti.

“Pada masa sama, proses perbincangan peralihan pimpinan sudah bermula,” katanya dalam temu bual BH, di sini.

Muhyiddin calon PM

Menerusi Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU pada 7 September 2025, perwakilan meluluskan usul supaya Muhyiddin kekal sebagai Presiden BERSATU.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada persidangan itu, mereka turut meluluskan usul menamakan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai calon Perdana Menteri PN bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mohamed Azmin berkata, beberapa ahli BERSATU yang sebelum ini digantung atau berpaling tadah daripada parti mula datang untuk kembali kepada parti.

Beliau berkata, BERSATU bersedia menerima mereka demi pengukuhan parti dan kepentingan rakyat.

“Kita tidak ceraikan mereka. Kita mengambil tindakan undang-undang mengikut Perlembagaan.

“Beberapa orang dalam kalangan mereka sudah menghubungi kita untuk pengukuhan parti, kepentingan rakyat.

“Kita berlapang dada. Kita semua mungkin ada kesilapan dan kelemahan tapi kalau seseorang itu sudah bersedia untuk memohon maaf ataupun melakukan yang terbaik, kita terima,” katanya.

Sebelum ini, BERSATU pernah menggantung keahlian beberapa pemimpinnya termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang sebelum ini menjawat Naib Presiden BERSATU.

Begitu juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kedua-duanya dikaitkan dengan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pada 8 Mei lalu, BERSATU turut menggantung tujuh wakil rakyatnya selama dua penggal pemilihan iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Datuk Abdul Khalib Abdullah (Ahli Parlimen Rompin).

Nordin Ahmad Ismail (Ahli Parlimen Lumut); Datuk Rosol Wahid (Ahli Parlimen Hulu Terengganu); Datuk Khlir Mohd Nor (Ahli Parlimen Ketereh); Ahmad Man (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang; Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain (ADUN Chenderoh).

Pada 11 Mei lalu, dua lagi pemimpin digantung selama dua penggal pemilihan iaitu Muhammad Islahuddin Abas (Ahli Parlimen Mersing) dan Mohd Almidi Jaafar (ADUN Bukit Bunga dan Ketua Bahagian Jeli). – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *