Zahid mahu MARA jadi rakan kongsi UiTM Business Club perkasa usahawan

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) diminta meneroka kerjasama dengan UiTM Business Club (UiBC) bagi membantu usahawan meningkatkan kapasiti perniagaan, mendapatkan akses pasaran serta mengembangkan perusahaan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu perlu diterjemahkan kepada peluang perniagaan, akses pasaran dan perkembangan sebenar kepada usahawan.

“Sebagai Menteri yang menjaga MARA, saya mahu MARA melihat ruang kerjasama yang praktikal dengan UiBC melalui program mereka.

“MARA mesti membantu UiBC untuk mengenal pasti pembangunan kapasiti, penskalaan usahawan ataupun akses pasaran.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Yang penting setiap kerjasama mesti diterjemahkan kepada peluang, pasaran dan perkembangan sebenar kepada usahawan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan 70 Tahun Penubuhan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UiBC, di sini, malam ini.

Ahmad Zahid berkata, UiBC perlu berperanan lebih daripada sekadar kelab perniagaan, sebaliknya menjadi platform yang menghubungkan usahawan berpengalaman dengan mereka yang baharu memulakan perniagaan.

Katanya, alumni FPP yang kini berada dalam industri, dunia perniagaan, sektor awam dan pelbagai bidang profesional, mempunyai pengalaman, kepakaran, jaringan, modal serta akses pasaran yang boleh dimanfaatkan untuk membantu universiti, pelajar dan generasi alumni seterusnya.

“Saya tidak mahu kekuatan alumni ini hanya dihimpunkan ketika makan malam atau sambutan ulang tahun, sebaliknya ia mesti digerakkan kembali untuk membantu universiti, pelajar dan generasi alumni yang datang selepas kita semua.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Jadikan ia tempat usahawan yang sudah berjaya membimbing mereka yang baru bermula, tempat berlakunya padanan perniagaan dan platform untuk membantu perusahaan alumni naik ke tahap yang seterusnya,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid mencadangkan UiTM menjadi perintis universiti keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menggandingkan pelajar FPP dan TVET bagi membawa hasil inovasi ke pasaran.

Katanya, pendekatan itu membolehkan pelajar menggabungkan kepakaran masing-masing untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dapat mengurangkan pembaziran serta mengawal kos industri.

Beliau turut berharap FPP membawa projek sebenar industri ke dalam pembelajaran bagi melatih pelajar menggunakan teknologi dan data untuk mengawal kos, mengenal pasti pasaran baharu serta merancang pertumbuhan perniagaan. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *