Polis kesan pemandu Proton Satria kuning langgar wanita di Hulu Langat, video kejadian turut tular

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Satria berwarna kuning yang melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal di Kampung Jawa, Jalan Hulu Langat, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata dalam kejadian kira-kira 6.56 pagi itu, seorang wanita berusia 53 tahun dikatakan sedang memberhentikan motosikal ditunggangnya di bahu jalan untuk berurusan di sebuah kedai berhampiran.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning melanggar bahagian belakang motosikal itu, menyebabkan wanita berkenaan tercampak ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Ampang, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Naazron berkata polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian termasuk rakaman kamera papan pemuka atau video supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Faezah Mohd Zakria melalui talian 012-326 8496.

Beliau berkata pihak polis turut mengesan satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi pendek berkaitan insiden itu yang tular menerusi media sosial kira-kira 1.50 tengah hari tadi.

Video itu memaparkan seorang penunggang motosikal wanita dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta kuning berhampiran sebuah premis makanan, sebelum kenderaan terbabit dilihat terus memecut meninggalkan lokasi kejadian. – Bernama

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *