Politik Melayu dalam keadaan kritikal

PERKASA mahu hak Melayu dan Bumiputera tidak disamakan dengan prasangka kaum

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan memastikan usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum tidak diterjemahkan sebagai alasan untuk mengecilkan ruang perbincangan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Azrol Mansor berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara besar sekiranya rakyat terus terperangkap dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit.

“Anwar sebelum ini dilaporkan berkata kekuatan Malaysia bergantung kepada kesediaan rakyat menerima hakikat bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia merupakan sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air serta masa depan yang sama.

“Beliau turut menegaskan kepelbagaian kaum dan budaya bukan kelemahan, sebaliknya merupakan khazanah dan kekuatan negara,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut Azrol, PERKASA menyokong usaha mewujudkan keharmonian antara kaum, namun pada masa sama berpandangan, perbincangan mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera tidak seharusnya dilabelkan sebagai prasangka atau sentimen perkauman semata-mata.

Katanya, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada kerangka perlembagaan negara yang perlu dihormati semua pihak.

“PERKASA menegaskan isu prasangka kaum tidak boleh dijadikan alasan atau retorik untuk meredakan suara majoriti atau mengetepikan agenda ketuanan Melayu dan Islam di bumi sendiri,” katanya.

Menurut beliau, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipertahankan kerana peruntukan itu menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah serta Sarawak, di samping kepentingan sah kaum-kaum lain.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut berpandangan, peruntukan tersebut tidak wajar dilihat sebagai manifestasi prasangka kaum, sebaliknya sebagai sebahagian daripada susunan perlembagaan Malaysia yang mempunyai latar sejarah tersendiri.

“Menuduh keluhan atau perjuangan sah hak asasi orang Melayu sebagai prasangka kaum adalah satu bentuk ancaman psikologi yang cuba menyekat kebebasan bersuara rakyat majoriti dalam menuntut hak ekonomi dan sosial mereka yang masih tertinggal,” katanya.

Dalam pada itu, PERKASA turut menegaskan, persoalan keadilan ekonomi perlu diberikan perhatian yang sama dalam usaha membina sebuah negara yang maju dan bersatu.

Azrol berkata, Malaysia tidak seharusnya hanya menumpukan perhatian kepada seruan perpaduan tanpa menangani persoalan jurang ekonomi, peluang pendidikan, pemilikan kekayaan dan kedudukan sosioekonomi masyarakat yang masih menjadi isu dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, ketidakpuasan hati terhadap keadaan ekonomi tidak sepatutnya terus dilabelkan sebagai cauvinisme atau rasisme kerana terdapat persoalan dasar dan pengagihan yang perlu dibincangkan secara terbuka.

“Malaysia hanya akan menjadi sebuah negara yang benar-benar besar dan disegani apabila jurang ekonomi antara kaum ditangani secara telus, bukan dengan melabelkan ketidakpuasan hati rakyat sebagai cauvinisme atau rasisme,” katanya.

Beliau berkata, PERKASA tidak menolak kepentingan keharmonian kaum, malah menganggap perpaduan sebagai elemen penting dalam kestabilan negara, namun keharmonian tidak sepatutnya dibina dengan mengorbankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *