Speaker maklum kekosongan kerusi Parlimen Subang kepada SPR

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan sudah mengemukakan kekosongan kerusi Parlimen Subang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan peletakan jawatan dikemukakan penyandangnya, Wong Chen, semalam.

Perkara itu dimaklumkan pada Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini di Dewan Rakyat.

“Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat bagi kawasan Subang, Wong Chen telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam sebagai ahli Dewan Rakyat kepada saya.

“Saya telah maklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi ahli Parlimen Subang selaras perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, Wong Chen mengesahkan peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Subang.

Menerusi satu muat naik di Facebook, beliau mengesahkan peletakan jawatan secara sukarela itu berkuat kuasa semalam, jam 5 petang.

Wong Chen turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 5 Ogos melalui pautan sama. – Berita Harian

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *