Microsoft 365, Outlook alami gangguan, jejaskan pengguna global

WASHINGTON – Perkhidmatan e-mel Microsoft Outlook mengalami gangguan besar di beberapa rantau pada Khamis, menyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mengakses e-mel masing-masing.

Microsoft memaklumkan pihaknya sedang berusaha keras untuk mengurangkan kesan gangguan itu yang turut dipercayai menjejaskan beberapa produk lain syarikat berkenaan.

Menurut Microsoft, masalah sambungan itu berpunca daripada peningkatan beban pada infrastruktur syarikat di beberapa rantau.

Pada awalnya, Microsoft berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan gangguan di rantau Amerika, sebelum mengesahkan masalah itu berkemungkinan menjejaskan sambungan perkhidmatan Microsoft 365 di semua rantau.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Microsoft 365 adalah perkhidmatan langganan berasaskan awan yang merangkumi aplikasi popular seperti Outlook dan Teams.

Menurut laman pemantau gangguan perkhidmatan, Downdetector, hampir 130,000 pengguna melaporkan masalah pada Outlook sejurus selepas jam 1 tengah hari waktu Timur Amerika Syarikat (AS) atau 6 petang GMT.

Jumlah laporan itu bagaimanapun menurun kepada kira-kira 50,000 pengguna pada jam 4.30 petang waktu Timur AS (9.30 malam GMT).

Dalam kenyataan di platform X, Microsoft berkata, sebahagian infrastrukturnya mengalami peningkatan beban di beberapa rantau sehingga berkemungkinan menyebabkan masalah sambungan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Syarikat itu turut memaklumkan sudah menghentikan sementara semua pelaksanaan kemas kini, mengalihkan trafik tambahan daripada infrastruktur terjejas dan memulakan semula pelayan yang mengalami gangguan bagi memulihkan perkhidmatan.

Selain Outlook, ribuan pengguna turut melaporkan masalah menggunakan Microsoft Teams dan pembantu kecerdasan buatan (AI), Copilot, menurut Downdetector. – AFP

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *