IPO Impact Capital terlebih langgan 139.69 kali

KUALA LUMPUR – Bahagian awam Malaysia bagi tawaran awam permulaan (IPO) Impact Capital Holdings Bhd. terlebih langgan sebanyak 139.69 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE.

Impact Capital dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 15,203 permohonan diterima bagi 3.38 bilion saham baharu berbanding 24 juta saham yang disediakan kepada orang awam Malaysia melalui proses pengundian.

Bagi bahagian awam Bumiputera, syarikat menerima 8,020 permohonan untuk 1.63 bilion saham baharu bersamaan kadar lebihan langganan 135.15 kali.

Bahagian awam Malaysia lain pula menerima 7,183 permohonan untuk 1.74 bilion saham baharu mewakili kadar lebihan langganan lebih tinggi sebanyak 144.23 kali.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Secara keseluruhan, IPO Impact Capital merangkumi terbitan awam sebanyak 96.69 juta saham biasa baharu dan tawaran jualan 28.62 juta saham sedia ada.

Daripada terbitan awam itu, sebanyak 24 juta saham atau 5.00 peratus daripada modal saham terbitan diperbesarkan disediakan kepada orang awam Malaysia, dengan separuh diperuntukkan kepada pelabur awam Bumiputera.

Sebanyak 16 juta saham baharu atau kira-kira 3.33 peratus diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan individu layak, manakala 56.69 juta saham atau kira-kira 11.81 peratus ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Tawaran jualan pula melibatkan 28.62 juta saham sedia ada atau kira-kira 5.96 peratus daripada modal saham terbitan diperbesarkan melalui penempatan persendirian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pengarah Urusan Impact Capital, Winston Chai Fung Chun berkata, sambutan itu menjadi peristiwa penting bagi kumpulan ketika semakin hampir dengan penyenaraian di Pasaran ACE.

“Kami berterima kasih atas respons daripada pelabur Malaysia dan menghargai minat yang ditunjukkan dalam Impact Capital,” kata Fung Chun.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Investment Bank Bhd, Lee Yo-Hunn berkata, sambutan langganan itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap rekod prestasi Impact Capital dalam infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi serta integrasi sistem.

Impact Capital dijadual disenaraikan di Pasaran ACE pada 24 November.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *