Pembangkang keluar Dewan Rakyat, tak ambil bahagian sesi penerangan Menteri RCI TH

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat pembangkang memutuskan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini.

Keputusan wakil rakyat pembangkang itu dibuat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Pemakluman untuk tidak menyertai itu sidang khas itu dibuat Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hasan, dan dipersetujui oleh Johari.

Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Takiyuddin bangun membangkitkan peraturan mesyuarat 13 meminta supaya sidang khas berkenaan RCI TH pagi ini ditangguhkan, dengan alasan ia tidak dihadiri Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Johari memutuskan ia tetap diteruskan seperti dijadualkan hari ini dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam sidang khas itu.

Perdana Menteri sedang menjalani rawatan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Semalam, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

Takiyuddin mahu sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh hingga Anwar kembali ke Parlimen

Sebelum itu, Takiyuddin meminta sidang khas itu ditangguhkan sehingga Anwar kembali menghadiri persidangan Parlimen.

Takiyuddin berkata kehadiran Anwar penting bagi membolehkan penjelasan menyeluruh diberikan berhubung laporan itu, khususnya kerana Perdana Menteri sendiri sebelum ini membangkitkan perkara berkenaan.

Beliau berkata permintaan itu dikemukakan menerusi surat kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam, dengan mengambil kira keadaan kesihatan Anwar serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof, yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Memandangkan isu Tabung Haji amat penting dan mempunyai kepentingan awam yang besar, adalah wajar pembentangan dan perbahasan laporan ini dihadiri serta disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri apabila beliau kembali bertugas.

“Kehadiran beliau di Dewan Rakyat penting bagi memberikan penjelasan menyeluruh, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang membangkitkan perkara ini,” katanya.

Takiyuddin yang berucap pada sidang khas hari ini berkata permintaan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(3), yang membolehkan Perdana Menteri memanggil sidang khas Dewan Rakyat lebih awal daripada tarikh ditetapkan atas kepentingan awam.

Katanya, peruntukan sama turut memberikan kuasa dan budi bicara kepada Perdana Menteri untuk menangguhkan sidang berkenaan.

Beliau berkata tiada alasan kukuh untuk sidang diteruskan mengikut jadual, memandangkan prosiding hari ini hanya membabitkan penjelasan menteri berhubung laporan RCI dan bukannya perbahasan rasmi atau pengundian.

“Saya menerima pengesahan daripada kerajaan bahawa tiada pengundian hari ini. Oleh itu, tiada keperluan mendesak untuk kita menyegerakan sidang ini,” katanya.

Salinan RCI hanya dibentangkan hari ini

Takiyuddin turut mempersoalkan cara kerajaan mengendalikan laporan berkenaan dengan menyatakan salinan penemuan RCI hanya dibentangkan kepada Ahli Parlimen hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata laporan itu tidak lagi boleh dianggap di bawah embargo selepas Anwar secara terbuka merujuk kandungannya ketika berucap dalam kempen pilihan raya Negeri Sembilan di Port Dickson.

Takiyuddin berkata, Kabinet sebelum ini memutuskan laporan itu perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada umum, namun mendakwa Perdana Menteri sudah membincangkannya ketika kempen pilihan raya berkenaan.

“Mengapa Perdana Menteri sendiri mendedahkan perkara ini ketika kempen pilihan raya Negeri Sembilan? Ini bermotifkan politik,” katanya.

Beliau menegaskan Anwar perlu hadir di Dewan Rakyat bukan sahaja untuk mendengar perbahasan, malah menjawab isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen serta memberikan ucapan penggulungan.

Takiyuddin berkata beliau difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, ditugaskan membentangkan laporan itu, manakala Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, akan melakukan penggulungan.

Bagaimanapun, beliau berhujah bahawa tanggungjawab terhadap perkara itu akhirnya terletak pada Anwar dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri bertanggungjawab, dengan rendah hati kami meminta supaya sidang ini ditangguhkan sehingga beliau dapat hadir.

Tanpa PM prosiding tiada beza dengan sidang media sahaja

“Jika beliau hadir, kita boleh berbahas. Jika beliau tidak hadir, prosiding hari ini tidak ada bezanya dengan mengadakan sidang media,” katanya.

Menggunakan analogi prosiding mahkamah, Takiyuddin berkata sesuatu kes boleh dibatalkan sekiranya pemohon gagal hadir.

“Dalam perkara ini, Perdana Menterilah yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk memanggil sidang khas ini. Maka, adalah tidak wajar beliau tidak hadir bagi membincangkan perkara yang mempunyai kepentingan awam sebegitu besar,” katanya. – Berita Harian

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *