Anthony Loke semput...

Peletakan jawatan Anthony Loke: Sudah umum berundur, tapi status masih tergantung

Dari Meja Editorial ND

KEDUDUKAN Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan terus menjadi tanda tanya apabila pengumuman peletakan jawatannya pada 10 November lalu belum disusuli keputusan muktamad Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai status sebenar Loke dalam Kabinet, khususnya selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan menyifatkan keputusannya sebagai muktamad.

Pada 10 November lalu, Loke mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan perkembangan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehari kemudian, beliau menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan buat kali terakhir dan menyampaikan ucapan perpisahan kepada warga kementerian.

Penampilan itu menguatkan gambaran beliau sudah mengakhiri tugasnya sebagai menteri, selaras dengan pengumuman peletakan jawatan yang dibuat sebelum itu.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Anwar pada 12 November menjelaskan beliau sudah menerima surat peletakan jawatan Loke, tetapi belum membuat keputusan untuk menerima peletakan jawatan berkenaan.

Perdana Menteri turut menyatakan perkara itu perlu dibincangkan semula, sekali gus memperlihatkan wujud perbezaan pendirian antara kedua-dua pemimpin berhubung pengakhiran perkhidmatan Loke dalam Kabinet.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perkembangan itu menimbulkan persoalan sama ada pengumuman peletakan jawatan seseorang menteri secara serta-merta sudah memadai untuk menamatkan kedudukannya atau masih memerlukan tindakan dan keputusan rasmi Perdana Menteri.

Lebih menarik, laporan Malaysiakini hari ini, 13 November menyebut Loke tetap berpegang pada keputusannya untuk berundur dan menganggap perkara itu sudah muktamad, meskipun Anwar mahu mengadakan perbincangan lanjut.

Percanggahan pendirian itu meletakkan status Loke dalam keadaan yang belum jelas dari sudut pentadbiran.

Ini kerana pengumuman peletakan jawatan, penyerahan surat kepada Perdana Menteri dan penamatan rasmi pelantikan seseorang menteri adalah perkara yang perlu dibezakan.

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan dan pemberhentian menteri tertakluk kepada peruntukan Perkara 43, termasuk kedudukan Perdana Menteri dalam menentukan keanggotaan Jemaah Menteri.

Oleh itu, pengumuman seseorang menteri yang beliau meletakkan jawatan tidak semestinya menjawab sepenuhnya persoalan mengenai status pentadbirannya sekiranya masih terdapat proses atau keputusan rasmi yang belum dimuktamadkan.

Sehingga pagi ini, belum ada pengumuman muktamad mengenai penyelesaian kedudukan Loke atau pelantikan penggantinya sebagai Menteri Pengangkutan.

Persoalannya, jika Loke sudah mengisytiharkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan menganggap keputusannya tidak boleh ditarik balik, apakah kedudukannya ketika Perdana Menteri pula menyatakan peletakan jawatan itu belum dipersetujui?

Rakyat tentunya berhak mendapat penjelasan yang tuntas kerana status seorang anggota Kabinet bukan perkara peribadi antara dua pemimpin, sebaliknya membabitkan pentadbiran kerajaan dan kepentingan awam.

Apa yang perlu dielakkan ialah keadaan yang menyebabkan seseorang menteri dianggap sudah berundur oleh satu pihak, tetapi belum dianggap meninggalkan jawatannya oleh pihak yang lain.

Dalam soal pentadbiran negara, keputusan perlu jelas. Peletakan jawatan bukan sekadar pengumuman politik yang boleh dibiarkan tergantung tanpa penjelasan rasmi. – ND

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *