KUCHING – Indeks pencemaran udara (IPU) semakin menghampiri tahap sangat tidak sihat di Serian susulan kebakaran hutan berskala besar dalam Sarawak terutama di Sri Aman dan di Daro dalam Bahagian Mukah.
Sehingga jam 9 pagi tadi, maklumat yang dipaparkan di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), mendapati IPU di stesen pemantau kualiti udara IPD Serian merekodkan bacaan 190.
Selain itu, sebanyak 10 lagi stesen pemantauan turut merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat.
Antaranya, Samarahan (170), Kuching (166), Bintulu (160), Samalaju (155) dan Mukah (154).
Sibu pula mencatat IPU 154, Sarikei (153), Sri Aman (152), Miri (143) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (119).
Dua lagi stesen berada pada tahap sederhana, namun kian menghampiri tahap tidak sihat iaitu Limbang (74) dan Kapit (77).
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
