KUALA LUMPUR – Sempena sambutan ulang tahun ke-140 Isetan di Jepun, Isetan Kuala Lumpur buat julung kalinya mengadakan Pesta Kecantikan Isetan yang menghimpunkan 100 produk kecantikan ikonik serta pelbagai pengalaman eksklusif untuk pengunjung.
Berlangsung dari 13 hingga 29 November ini di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens, festival berkenaan mengetengahkan produk terpilih menerusi pameran khas Wall of Fame yang merangkumi kategori penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut dan wangian.
Pengarah merangkap Pengurus Besar Jualan dan Barangan Isetan Kuala Lumpur, Daisuke Yamai berkata, antara jenama antarabangsa yang mengambil bahagian ialah Burberry Beauty, Chantecaille, Clarins, Estée Lauder, Hermès Beauty, Lancôme, La Prairie, NARS, Shiseido dan SK-II.
Beliau berkata, pameran tersebut bukan sekadar mengetengahkan produk kecantikan popular, malah meraikan warisan, inovasi, falsafah dan kepakaran yang membentuk industri kecantikan global.
“Melalui festival ini, kami meraikan perspektif yang pelbagai ini sambil mempamerkan warisan dan inovasi di sebalik jenama yang diketahui dan dipercayai oleh pelanggan kami.
“Sempena ulang tahun ke-140 Isetan, kami kekal komited untuk memahami keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, mengukuhkan kepercayaan yang dibina selama beberapa generasi dan mencipta pengalaman bermakna sambil menegakkan warisan kualiti serta perkhidmatan kami,” katanya hari ini.
Mengangkat tema “Seni Menjadi Cantik Luar & Dalam”, beliau berkata, festival berkenaan turut membawa perspektif lebih menyeluruh terhadap kecantikan yang merangkumi aspek kesejahteraan, keyakinan diri, ekspresi peribadi dan amalan penjagaan diri.
Pendekatan itu, tambah beliau, mencerminkan perubahan landskap industri kecantikan yang kini tidak lagi tertumpu kepada penampilan luaran semata-mata, sebaliknya turut memberi perhatian kepada kesejahteraan dan kualiti kehidupan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Yamai berkata, festival tersebut turut menampilkan Isetan WELLife iaitu konsep kesejahteraan khusus Isetan yang mempamerkan 10 produk terlaris merangkumi kategori kecantikan, penjagaan diri dan kesejahteraan.
Pengarah Urusan Isetan of Japan Sdn Bhd, Yeow Kah Chong berkata, sambutan berkenaan turut menandakan perjalanan panjang Isetan selama 140 tahun yang dibina berteraskan kualiti, perkhidmatan dan keupayaan menyesuaikan penawaran dengan perubahan cita rasa serta gaya hidup pengguna.
Seiring sambutan itu, katanya, Isetan turut memperkenalkan mesej ulang tahun “WAKU WAKU Untuk ANDA”, yang mengambil inspirasi daripada ungkapan Jepun waku waku yang membawa maksud keterujaan, jangkaan dan kegembiraan.

“Mesej itu meletakkan pelanggan sebagai teras pengalaman Isetan, selain mengekalkan nilai dan identiti Jepun yang menjadi sebahagian daripada jenama gedung serbaneka berkenaan sejak beberapa generasi,” katanya.
Pesta Kecantikan Isetan 2026 sekali gus menjadi platform untuk menghimpunkan jenama kecantikan antarabangsa, penawaran kesejahteraan dan pengalaman penjagaan diri dalam satu acara yang meraikan kecantikan secara lebih holistik.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
