Lima Ahli Parlimen PKR kecewa akses MyKHAS Ampang disekat

SHAH ALAM – Lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan kekecewaan mereka susulan dakwaan akses portal peruntukan khas Parlimen (MyKHAS) bagi kawasan Ampang disekat.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail adalah wakil rakyat kerajaan ketiga yang didakwa dinafikan akses untuk menguruskan peruntukan kawasan Parlimennya.

Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai penyalahgunaan kuasa yang serius, selain mendakwa ia memperlihatkan semakin kaburnya sempadan antara kepentingan parti dan kerajaan serta antara demokrasi dengan autokrasi.

“Lebih serius lagi apabila akses MyKHAS wakil rakyat yang dipilih disekat, tetapi pengurusan peruntukan kawasan diserahkan kepada individu atau ‘proksi’ yang disenangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sejak bila seorang proksi yang tidak dipilih rakyat mempunyai mandat lebih besar daripada seorang Ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya?” menurut kenyataan itu.

Lima Ahli Parlimen berkenaan ialah Wong Chen (Subang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), Rodziah Ismail (Ampang), S Kesavan (Sungai Siput) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).

Rodziah sebelum ini dilaporkan mendakwa pusat khidmatnya tidak lagi dibenarkan mengakses sistem MyKHAS yang digunakan bagi menguruskan peruntukan pembangunan kawasan Parlimen.

Dakwaan sama turut dikaitkan dengan Lee Chean Chung dan Wong Chen yang sebelum ini dilaporkan menerima nasib serupa. Kedua-duanya turut dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam kenyataan itu, lima wakil rakyat berkenaan menegaskan peruntukan kawasan bukanlah hadiah daripada Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen, sebaliknya merupakan hak yang perlu diuruskan berdasarkan mandat rakyat tanpa dipengaruhi perbezaan politik.

Mereka turut mempersoalkan asas pelantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sebagai Penyelaras Parlimen Ampang, termasuk sama ada tanggungjawab berkenaan berada dalam skop tugas hakikinya serta kapasiti beliau untuk memikul tanggungjawab tambahan itu.

“Kami juga menuntut Perdana Menteri menjelaskan peruntukan undang-undang, peraturan atau dasar yang digunakan bagi menyekat akses MyKHAS kepada tiga Ahli Parlimen kerajaan terbabit,” menurut kenyataan tersebut.

Mereka berkata, sekiranya seseorang Ahli Parlimen melakukan kesalahan, siasatan dan tindakan sewajarnya perlu dilaksanakan mengikut undang-undang, manakala sebarang pelanggaran tatacara parti hendaklah diuruskan melalui Lembaga Disiplin.

Menurut mereka, peruntukan untuk rakyat tidak seharusnya dijadikan alat atau senjata politik.

“Reformasi tidak bermaksud mempolitikkan peruntukan rakyat dan menggantikan wakil yang dipilih rakyat dengan proksi pilihan sendiri,” katanya.

Lima Ahli Parlimen itu turut menegaskan, tuntutan berkenaan bukan bertujuan mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya bagi memastikan prinsip menghormati mandat rakyat terus dipelihara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *