PM Thailand arah undang-undang senjata api diperketat selepas insiden tembakan di sekolah

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berikrar untuk memperkenalkan langkah kawalan senjata api baharu susulan insiden tembakan di Sekolah Debsirin Nonthaburi pada Jumaat yang mengorbankan tujuh nyawa.

Anutin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, langkah dicadangkan itu termasuk memperketat sekatan terhadap kebenaran orang awam memiliki dan membawa senjata api.

“Saya perlu membincangkan perkara ini dengan Ketua Polis Negara. Namun, undang-undang sedia ada sudah jelas – orang awam yang tidak mempunyai sebarang tugas rasmi tidak dibenarkan membawa senjata api di luar rumah atau di tempat awam.

“Undang-undang baharu ini hanya akan membenarkan pegawai kerajaan yang sedang bertugas membawa senjata api,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Anutin melawat Sekolah Debsirin Nonthaburi dan diberi taklimat oleh pegawai Polis Diraja Thailand mengenai situasi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk sama ada syarat pemilikan senjata api akan diperketat.

“Saya perlu menegaskan mulai sekarang, apabila polis mengadakan sekatan jalan raya, mereka juga mesti memeriksa sama ada terdapat senjata api. Sesiapa yang didapati membawa senjata api akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Perdana Menteri turut mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan langkah-langkah bagi meyakinkan ibu bapa yang anak-anak mereka selamat di sekolah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Saya pasti Menteri Pendidikan perlu melaksanakan langkah-langkah tertentu bagi memastikan semua pelajar di sekolah berada dalam keadaan selamat. Namun, lazimnya saya tidak fikir kita pernah mempertimbangkan untuk memasang mesin pengimbas sinar-X bagi memeriksa pelajar sebelum mereka memasuki sekolah. Saya tidak fikir itu sesuatu yang biasa atau normal,” katanya.

Pada kira-kira jam 10 pagi Jumaat, seorang pelajar sekolah itu yang berusia 14 tahun dilaporkan melepaskan tembakan sehingga mengorbankan tiga guru dan tiga pelajar.

Menurut polis, suspek kemudian ditemukan maut di sekolah berkenaan.

Seramai 21 lagi cedera dalam insiden amuk itu dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, dengan lapan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *