Bekas ADUN Dabong Dua Penggal Meninggal Dunia

Oleh Siti Khadijah Manudin

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Ramzi Ab Rahman, meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang mewakili UMNO pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dabong pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, bagaimanapun, beliau tewas pada PRU 2008 sebelum kembali merampas semula kerusi tersebut pada PRU 2013.

Sepanjang penglibatannya dalam politik Kelantan, Allahyarham dikenali sebagai pemimpin akar umbi yang aktif berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Dabong.

Pemergian beliau mengundang ucapan takziah daripada pelbagai pihak yang mengenang jasa serta sumbangannya kepada rakyat dan perjuangan parti.

Maklumat lanjut mengenai punca kematian serta urusan pengebumian dijangka dimaklumkan oleh keluarga dalam masa terdekat.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *