Oleh Siti Khadijah Manudin
JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menyokong Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri Johor sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir tanpa mana-mana gabungan memperoleh majoriti mudah.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata setakat ini tiada perbincangan atau keputusan rasmi dibuat oleh kepimpinan PN berhubung kemungkinan bekerjasama dengan BN selepas pilihan raya.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan bahawa terdapat pihak tertentu yang mengadakan rundingan dengan BN tanpa pengetahuan PN, sambil menyifatkan tindakan sedemikian sebagai membelakangi gabungan itu sekali lagi.
Kenyataan itu dibuat susulan spekulasi mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan campuran sekiranya keputusan PRN Johor menyaksikan tiada gabungan memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk mentadbir negeri.
Pada masa sama, pimpinan Bersatu menegaskan fokus utama PN ketika ini ialah memperoleh mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri, bukannya membincangkan kerjasama pasca pilihan raya.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L