Sekurang-kurangnya 50 dilaporkan maut dalam letupan di depot bahan letupan Myanmar

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban dalam satu ledakan di sebuah depot bahan letupan di timur laut Myanmar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan pada Ahad.

Menurut angka awal yang disediakan oleh perkhidmatan kecemasan, seramai 70 orang lagi mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku di Bandar Namhkam dalam Negeri Shan, berhampiran sempadan China.

Laporan media menyatakan bahawa letupan itu turut merosakkan beberapa buah rumah kediaman di kawasan sekitar, manakala pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.

Sementara itu, pihak hospital di Namhkam melaporkan berlakunya kekurangan kritikal bagi bekalan darah yang diperlukan untuk merawat mangsa-mangsa yang cedera.

Kumpulan Tentera Pembebasan Nasional Ta’ang (TNLA) mengesahkan bahawa bangunan yang terlibat dalam insiden berkenaan merupakan sebuah daripada depot senjata milik mereka.

Menurut kumpulan itu, depot berkenaan menyimpan bahan letupan komersial yang bertujuan untuk kegunaan di tapak kuari yang dikendalikan mereka.

TNLA turut menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat letupan itu dan mengumumkan satu siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian akan dijalankan.

— BERNAMA-dpa 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *