Dua Identiti, Satu Kayuhan: Singgah Tagal Anek Murai Angkat Warisan Perahu Kayuh Sarawak

Oleh: Ts. Dr. Mohd Hairul Mohd Salleh

DI TENGAH-TENGAH kepelbagaian budaya dan geografi Sarawak, lahir sebuah kisah cukup unik mengenai bagaimana sukan mampu menjadi jambatan yang menyatukan manusia.

Singgah Tagal Anek Murai (STAM) bukan sekadar sebuah pasukan yang mengejar kemenangan di sungai, tetapi sebuah gabungan dua identiti yang berbeza sejarah, lokasi dan latar masyarakat, namun memilih untuk berkayuh dalam satu haluan.

Keunikan STAM terletak pada penyatuan Singgah Tagal (ST) dari Bekenu, Sibuti dengan Anek Murai (AM) dari Sekapan Piit, Belaga.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Singgah Tagal ditubuhkan pada 2014, manakala Anek Murai telah bertapak sejak 1989. Dua pasukan ini lahir daripada lingkungan geografi dan komuniti berbeza, tetapi menemukan titik persamaan melalui kecintaan terhadap sukan air serta warisan perahu tradisional Sarawak.

Lebih menarik, Singgah Tagal menghimpunkan masyarakat Kedayan, Bakong, Melayu dan Miriek, sementara Anek Murai membawa identiti masyarakat Sekapan dari Belaga.

Perbezaan ini bukan menjadi tembok pemisah, sebaliknya berubah menjadi kekuatan apabila kedua-duanya disatukan di bawah satu nama, satu pasukan dan satu semangat perjuangan.

Nama Singgah Tagal sendiri membawa makna “singgah sebentar” dalam loghat masyarakat Kedayan. Anek Murai pula merupakan nama pahlawan legenda dan lambang kebanggaan masyarakat Uma Sekapan Piit, Belaga, yang dikaitkan dengan keberanian, maruah dan warisan masyarakat setempat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Apabila kedua-dua nama ini digabungkan, STAM seolah-olah membawa dua cerita warisan yang berbeza ke dalam sebuah perjalanan baharu.

Di sinilah letaknya nilai sosial STAM. Mereka membuktikan identiti budaya tidak semestinya menjadi batas untuk bekerjasama. Sebaliknya, perbezaan boleh diraikan dan dimanfaatkan untuk membentuk kekuatan bersama.

Dalam konteks Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, bahasa, adat dan bentuk muka bumi, kisah STAM wajar dilihat lebih jauh daripada perspektif sukan.

Ia merupakan gambaran kecil mengenai bagaimana masyarakat berlainan latar mampu duduk dalam sebuah perahu, mengikut rentak yang sama dan menuju ke destinasi yang sama.

Dalam perlumbaan perahu kayuh, seorang pendayung tidak mungkin menentukan kemenangan secara bersendirian. Setiap kayuhan perlu diselaraskan.

Jika seorang mendayung terlalu awal atau terlalu lewat, rentak seluruh perahu boleh terganggu. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat. Perpaduan memerlukan kesediaan untuk menyesuaikan diri, mempercayai orang lain dan bergerak sebagai satu pasukan.

Falsafah itu semakin jelas melalui kejayaan STAM di Regatta Subis@Niah 2026 dan Regatta Baram 2026. Pasukan tersebut mencatatkan pelbagai keputusan podium. Mereka turut menduduki tempat kedua dalam acara 30 Pekayuh Lelaki Terbuka – Raja Sungai Regatta Baram 2026.

Namun, pencapaian tersebut bukan sekadar angka dalam senarai keputusan pertandingan. Ia memperlihat bahawa sebuah gabungan yang lahir daripada kepelbagaian mampu menghasilkan prestasi yang membanggakan apabila setiap anggotanya berkongsi visi yang sama.

Lebih penting, STAM turut mempertahankan penggunaan perahu tradisional yang diperbuat daripada kayu terpilih berbanding perahu gentian kaca. Dalam era teknologi dan perubahan gaya hidup yang pantas, keputusan tersebut mempunyai makna tersendiri.

Ia menunjukkan bahawa kemajuan tidak semestinya menuntut kita meninggalkan warisan. Sebaliknya, tradisi boleh terus hidup apabila diberikan ruang dalam dunia moden.

Perahu kayuh tradisional bukan sekadar alat pertandingan. Ia adalah sebahagian daripada memori kolektif masyarakat yang hidup dekat dengan sungai. Sungai pula bukan sekadar laluan air, tetapi ruang yang menghubungkan komuniti, menjadi sumber kehidupan serta menyimpan cerita tentang perjalanan generasi terdahulu.

Justeru, STAM mempunyai potensi besar untuk menjadi lebih daripada sebuah pasukan perlumbaan. Mereka boleh menjadi duta tidak rasmi kepada warisan sukan air Sarawak, khususnya dalam memperkenal perahu kayuh tradisional kepada generasi muda, pelancong dan masyarakat luar.

Dalam masa yang sama, kisah STAM memperlihat bahawa sukan tradisional boleh menjadi medium pembangunan sosial. Ia menyediakan ruang pergaulan antara generasi, membuka peluang kepada golongan muda untuk mengenali warisan sendiri dan membina jaringan persahabatan merentasi komuniti.

Apa yang dilakukan Singgah Tagal dan Anek Murai juga wajar dicontohi oleh pasukan-pasukan lain. Dalam dunia yang semakin mengutamakan persaingan, mereka menunjukkan bahawa kerjasama boleh menghasilkan sesuatu yang lebih besar daripada kekuatan setiap pihak secara berasingan.

Dari Bekenu ke Sekapan Piit, jarak geografi mungkin jauh. Latar budaya mungkin berbeza. Namun apabila berada di atas perahu yang sama, yang tinggal hanyalah satu perkara penting – kesediaan untuk berkayuh bersama.

Itulah kekuatan sebenar STAM.

Mereka tidak menghapuskan identiti Singgah Tagal. Mereka juga tidak menghilangkan jati diri Anek Murai. Sebaliknya, kedua-duanya dikekalkan dan dipertemukan dalam satu identiti baharu yang lebih besar.

Dalam setiap kayuhan STAM, ada warisan yang dibawa. Dalam setiap kemenangan, ada perpaduan yang diraikan. Dan dalam setiap perahu yang meluncur di sungai Sarawak, tersimpan sebuah pesan bahawa perbezaan tidak semestinya memisahkan kita.

Kadangkala, perbezaan itulah yang menjadikan kita lebih kuat.

Singgah Tagal Anek Murai membuktikan bahawa dua identiti boleh menjadi satu kekuatan, dan satu kayuhan mampu membawa bersama seluruh cerita tentang budaya, persahabatan, perpaduan dan warisan Sarawak.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *