Isu “Mafia Korporat”, Salah Guna Kuasa FELDA Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kegiatan “mafia korporat” dan isu salah guna kuasa melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) antara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal rasmi Parlimen, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini mengenai dakwaan kegiatan “mafia korporat” yang melibatkan pelanggaran hukum dan tindakan yang telah diambil selama ini.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula bertanya kepada Perdana Menteri mengenai status terkini siasatan kes penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa melibatkan FELDA termasuk anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan menerusi sesi soal jawab, dengan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) meminta Menteri Ekonomi menyatakan indikator dasar, sasaran kuantitatif dan tempoh pencapaian yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi mengurangkan jurang pembangunan antara daerah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selain itu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengemukakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai pencapaian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 serta nilai tambah dan pelaburan susulan yang bakal direalisasikan hasil memorandum persefahaman yang dimeterai.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pula meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menjadikan prinsip pelantikan berasaskan merit dan bebas daripada kepentingan politik sebagai antara dasar utama tadbir urus Tabung Haji selaras dengan satu daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Selesai sesi soal jawab, persidangan dijadual diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada peringkat dasar susulan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada 9 Okt lepas.

Berdasarkan takwim Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15, perbahasan Belanjawan 2027 pada peringkat dasar berlangsung dari 12 hingga 22 Okt sebelum sesi penggulungan oleh menteri berkaitan selama empat hari bermula 26 Okt.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Dis ini. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *