JPJ Johor Keluar 7,804 Saman VEP Berjumlah RM1.17 Juta

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan sebanyak 7,804 saman berjumlah RM1.17 juta menerusi pelaksanaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi tempoh Jan sehingga 18 Okt lepas.

Pengarah JPJ Johor Zulkarnain Yasin berkata jumlah itu direkodkan hasil pemeriksaan terhadap 120,740 kenderaan di kedua-dua pintu masuk darat negeri itu, sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan dijalankan secara berterusan pintu masuk berkenaan iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“(Bagaimanapun) kadar ketidakpatuhan dalam kalangan pemandu warga asing sebenarnya masih rendah, berbanding keseluruhan jumlah kenderaan yang diperiksa,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, baru-baru ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, beliau berkata van mobile JPJ diletakkan di BSI dan KSAB sejak awal bulan ini, bagi memudahkan pembayaran saman VEP.

Bagaimanapun Zulkarnain berkata setakat ini, tiada kenderaan asing yang dikenakan sekatan keluar dari negara ini menerusi kedua-dua pintu masuk berkenaan, akibat gagal membayar saman.

“Tindakan kita bagi mengelakkan daripada (saman) tertunggak, secara automatik, mereka (pemilik kenderaan) perlu terus membuat pembayaran, sebab itu kita juga sediakan skuad bergerak,” katanya.

Beliau berkata pasukannya sentiasa bersiap sedia di lokasi terbabit, bagi memastikan kelancaran operasi sekiranya terdapat isu teknikal atau gangguan sistem VEP. 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata meski penguatkuasaan sepenuhnya VEP dilakukan tahun lepas, masih ada pemilik kenderaan asing yang menggunakan alasan tidak mengetahui pelaksanaan itu.

“Sebahagiannya memberi alasan tidak tahu, sedangkan (penguatkuasaan VEP) sudah lama, tapi masih ada, alasan seperti ini kita tidak akan terima,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *