Dasar Baharu APAD Tingkat Ketelusan Penjualan Tiket Bas Ekspres – TMAS

KUALA LUMPUR – Dasar baharu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang hanya membenarkan penjualan tiket bas ekspres menerusi terminal berlesen bermula 1 Nov ini adalah langkah positif ke arah memperkukuh tadbir urus terminal bas ekspres melalui operasi penjualan tiket yang lebih telus dan teratur.

Pengerusi Terminal Management and Services Sdn Bhd (TMAS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemberian hak penjualan tiket kepada terminal berlesen bukan sekadar keistimewaan komersial sebaliknya meletakkan tanggungjawab pihak terminal untuk memastikan pengurusan penumpang, jadual perjalanan dan pelepasan bas dilaksanakan secara lebih cekap serta sistematik.

Beliau berkata TMAS, selaku pengendali Terminal Bersepadu Selatan (TBS), menyatakan sokongan penuh terhadap dasar itu yang dikeluarkan APAD pada 16 Okt lepas. 

“Melalui dasar ini, pihak terminal mempunyai keupayaan yang lebih berkesan untuk memantau harga tiket dengan lebih jelas, memastikan pematuhan terhadap kadar tambang ditetapkan serta mengawal aktiviti penjualan tiket yang tidak mematuhi peraturan dan piawaian pihak kerajaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Inisiatif ini juga dapat meningkatkan ketelusan transaksi kepada pengguna dan menawarkan caj komersial yang lebih bersesuaian kepada pengendali bas ekspres,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mohamed Nazri berkata TMAS juga percaya pelaksanaan dasar itu melalui Sistem Tiket Bersepadu (CTS) akan membanteras kegiatan penjualan tiket yang tidak sah, selain membuka peluang kerjasama komersial lebih kompetitif kepada syarikat pengendali bas ekspres menerusi integrasi secara langsung dengan sistem terminal.

TMAS, katanya, akan terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Kementerian Pengangkutan, APAD dan semua pengendali bas ekspres bagi memperkukuh ekosistem pengangkutan awam darat yang lebih profesional, berdaya saing selain berpaksikan kepentingan pengguna, industri serta negara. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *