45 rumah dikesan terlibat kegiatan curi air di Pasir Mas

KOTA BHARU – Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong, Pasir Mas dikesan melakukan sambungan haram bekalan air.

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan, kegiatan itu dikesan menerusi operasi pencegahan dan pemantauan yang dijalankan semalam bagi memastikan penggunaan bekalan air adalah sah serta mematuhi peraturan ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 45 rumah mempunyai sambungan haram atau penggunaan air yang memerlukan tindakan lanjut daripada pihak AKSB,” menurut kenyataan itu.

Menurut AKSB, pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung aktiviti sambungan haram serta meminimumkan isu Air Tidak Berhasil (NRW) kepada AKSB. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *