KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Beaufort tidak banyak berubah iaitu 338 orang daripada 121 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 336 orang daripada 119 keluarga pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang, Selasa, 19 Mei.
Kenyataan itu memaklumkan daripada jumlah dipindahkan itu, sebanyak 183 orang golongan dewasa serta warga emas. manakala 155 lagi ialah kanak-kanak dan bayi.
“Kampung terjejas akibat banjir meningkat kepada 11 kampung pagi ini, berbanding 10 kampung malam tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L