Tragedi Kebakaran Sandakan: Solidariti Rakyat dan Agensi Percepat Pemulihan

KOTA KINABALU – Kebakaran besar yang melanda Kampung Bahagia, Sandakan, bukan sahaja memusnahkan ratusan kediaman, malah menguji keupayaan tindak balas kecemasan dan keprihatinan masyarakat setempat dalam membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Seramai 248 mangsa daripada 219 keluarga kini ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan segera bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Kemudahan seperti dewan komuniti dan sekolah digunakan untuk menyediakan perlindungan, makanan serta keperluan harian.

Pihak bomba memaklumkan kebakaran yang merebak pantas itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar, sekali gus menyukarkan usaha pemadaman pada peringkat awal.

Namun, tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak termasuk sukarelawan, badan bukan kerajaan dan penduduk setempat tampil menghulurkan bantuan berbentuk makanan, pakaian serta sokongan emosi menjadi bukti semangat kebersamaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

Proses pendaftaran mangsa masih diteruskan, dengan jumlah keseluruhan dijangka meningkat apabila lebih ramai tampil melaporkan keadaan mereka. Pihak berkuasa turut menilai keperluan tambahan bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya.

Kejadian ini menjadi peringatan penting tentang keperluan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana, khususnya di kawasan berisiko tinggi, selain meningkatkan kesedaran komuniti terhadap langkah keselamatan dan tindakan kecemasan.

Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *