Memperkasa Kesedaran Awal Keselamatan Kanak-Kanak: Impak Kempen S.A.F.E Kelab Prime Mover UiTM Seremban

Teks: Nawwar Hafidz Rahimi dan foto Nur Khayrin Azman

SELANGOR – Dalam diam, ribuan kanak-kanak di sekeliling kita menjalani kehidupan harian dengan ketakutan yang tidak terluah. Di sebalik gelak tawa mereka, angka kes penderaan kanak-kanak di Malaysia terus menunjukkan angka yang amat membimbangkan.

Berdasarkan rekod terbaharu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 1,575 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan pada suku keempat 2025 yang merangkumi aspek fizikal, seksual dan emosi.

Menyedari tindak balas tidak boleh sekadar berpeluk tubuh, Kelab Prime Mover UiTM, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban tampil mengambil langkah berani dalam melaksanakan Kempen Start Awareness From Early (S.A.F.E) for Children.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Seramai 15 mahasiswa hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih bagi memberi penerangan mengenai kesedaran keselamatan, penderaan dan gangguan fizikal, mental dan seksual kanak-kanak pada 30 Oktober yang lalu.

Program ini berteraskan tiga modul utama, iaitu penderaan seksual kanak-kanak, penderaan fizikal serta buli kanak-kanak dan pengabaian emosi kanak-kanak.

Dalam modul penderaan seksual, peserta diperkenalkan dengan konsep Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat agar mereka lebih peka terhadap privasi tubuh badan, sekaligus memahami diri mereka berhak untuk menolak sebarang sentuhan yang tidak selesa.

Di samping itu, kaedah mudah bagi kanak-kanak untuk mempraktikkan dengan segera apabila berhadapan dengan ancaman atau gangguan iaitu kaedah Say No, Yell, Run, Tell turut diajar kepada mereka.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Definisi, bentuk penderaan dan kesan jangka panjang serta peranan guru dan ibu bapa dalam mencegah perkara sedemikian juga diterangkan dalam modul ini.

Modul penderaan fizikal dan buli pula menggariskan perbezaan antara disiplin dan penderaan serta jenis buli termasuk buli siber, buli fizikal dan teknik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dijelaskan kepada murid-murid ini.

Selain itu, isu pengabaian emosi di mana ibu bapa atau penjaga gagal memberikan perhatian, kasih sayang serta sokongan emosi yang kanak-kanak perlukan juga turut menjadi satu penderaan yang memberi kesan jangka panjang negatif.

Fasilitator menjelaskan punca pengabaian emosi ini adalah seperti masalah hubungan keluarga, kesibukan atau keletihan bekerja, tekanan kewangan serta gangguan kesihatan mental.

Bagi mengatasi tekanan emosi, beberapa strategi dikongsikan termasuk mengingatkan diri bahawa situasi tersebut bukan salah mereka dan juga mengamalkan pemikiran positif.

Penderaan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak, malah turut mengganggu prestasi akademik dan interaksi sosial mereka.

Trauma yang dialami boleh membawa kepada masalah kesihatan mental yang serius pada masa hadapan.

Oleh itu, pendidikan dan kesedaran awal melalui program seperti S.A.F.E adalah penting untuk membina ketahanan diri kanak-kanak dan menggalakkan mereka melaporkan sebarang penderaan.

Menurut Pengarah Program, Muhamad Irfan Haziq Abdul Razak, kempen ini dianjurkan berteraskan matlamat untuk memupuk kesedaran awal dalam diri kanak-kanak agar mereka lebih peka terhadap hak peribadi serta berani menyuarakan aduan sekiranya berlaku penderaan.

Pandangan tersebut turut disokong oleh Penasihat Kelab, Khairolizwan Harry, yang menegaskan pendedahan dan kesedaran awal merupakan perisai utama dalam membendung jenayah penderaan serta menjamin hak perlindungan sewajarnya kepada golongan ini.

Sejajar dengan wawasan itu, pembabitan aktif seramai 150 murid SK Semenyih sepanjang program berlangsung jelas menyerlahkan sambutan hangat daripada pihak sekolah.

Menerusi usaha berterusan ini, Kelab Prime Mover UiTM, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban kekal berdedikasi dalam menyebar luas kesedaran advokasi masyarakat serta membendung isu penderaan kanak-kanak dari akar umbi.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *