Malaysia tiada komitmen ekstradisi Zakir Naik ke India โ€“ Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia tidak memberikan sebarang komitmen untuk mengekstradisi pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik ke India, setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kerajaan juga belum menerima sebarang permohonan ekstradisi terbaharu daripada pihak berkuasa India berhubung pendakwah terbabit.

Menurutnya, permohonan rasmi ekstradisi Zakir Naik sebelum ini diterima Malaysia pada 19 Januari 2018, sebelum kerajaan India mengemukakan nota diplomatik pada 29 Mei 2020 bagi meminta permohonan berkenaan dipertimbangkan semula.

Bagaimanapun, Malaysia memutuskan untuk tidak mengekstradisi pendakwah itu ke India selepas meneliti perkara berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang dan perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

“Oleh itu, tiada sebarang komitmen diberikan untuk mengekstradisi beliau,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Saifuddin berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hak Malaysia di bawah Artikel 6 Triti Ekstradisi antara Malaysia dan India yang ditandatangani pada 2010, selain mengambil kira peruntukan Akta Ekstradisi 1992.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan status terkini permohonan ekstradisi Zakir Naik oleh kerajaan India, termasuk pematuhan dokumen dan keterangan terhadap kehendak undang-undang serta perjanjian antara kedua-dua negara.

Isu ekstradisi pendakwah itu sebelum ini turut mendapat perhatian susulan desakan supaya kerajaan memperjelaskan kedudukan perundangan dan diplomatik berhubung permohonan berkenaan.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perhatian turut tertumpu kepada kemungkinan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi.

Zakir Naik dikehendaki pihak berkuasa India bagi menghadapi pertuduhan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan penyampaian ucapan yang didakwa mengandungi unsur kebencian.

Bagaimanapun, pendirian kerajaan Malaysia setakat ini menunjukkan tiada komitmen untuk menyerahkan pendakwah berkenaan kepada India, dengan sebarang keputusan berkaitan ekstradisi tertakluk kepada kerangka undang-undang dan perjanjian yang berkuat kuasa.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *