Tanah jerlus Masjid India: Dr Zaliha nafi tidak turun padang

Zaliha gesa SPR siasat dakwaan agihan wang tunai di JAPERUN Rim

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyiasat tanpa kompromi dakwaan pengagihan bakul makanan dan wang tunai di premis Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rim yang dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kejadian yang didakwa berlaku pada 2 November lalu, sekitar jam 9.50 pagi itu perlu diberikan perhatian serius kerana berlaku ketika tempoh kempen pilihan raya.

Beliau mendakwa, pengagihan berkenaan membabitkan bakul makanan sempena sambutan Deepavali serta wang tunai dianggarkan bernilai RM50, menerusi program yang dikaitkan dengan Majlis Perbandaran Jasin.

Menurutnya, dakwaan penggunaan program anjuran pihak berkuasa tempatan sebagai saluran memberikan kelebihan politik kepada calon tertentu menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kemudahan awam dalam persaingan pilihan raya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, penglibatan calon pilihan raya dalam program pengagihan bantuan di premis kerajaan ketika tempoh berkempen perlu diteliti bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap peraturan dan undang-undang pilihan raya.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan integriti dan keadilan dalam proses pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Zaliha berkata, premis serta kemudahan kerajaan tidak seharusnya digunakan untuk tujuan kempen atau memberikan kelebihan kepada mana-mana calon dan parti politik.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai pemberian wang tunai atau barangan kepada pengundi dalam tempoh pilihan raya yang, jika bertujuan mempengaruhi pilihan mereka, boleh menimbulkan isu pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sehubungan itu, beliau menggesa SPR bersama pihak berkuasa berkaitan segera meneliti laporan polis dan rakaman video yang menurutnya telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan perlu merangkumi penelitian terhadap kemungkinan wujud unsur penyogokan pilihan raya seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau menegaskan, tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara tegas, bebas dan tanpa pilih kasih bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan sepanjang proses pilihan raya.

“Sebarang penyalahgunaan kemudahan kerajaan atau pemberian yang bertujuan mempengaruhi pengundi perlu dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya terbukti berlaku, tanpa mengira siapa yang terlibat,” katanya.

Zaliha berkata, ketegasan pihak berkuasa dalam menangani dakwaan seumpama itu penting bagi memelihara keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan keadilan proses demokrasi.

Beliau turut menekankan semua calon dan parti politik perlu diberikan ruang persaingan yang adil tanpa menggunakan kedudukan atau kemudahan kerajaan untuk memperoleh kelebihan dalam pilihan raya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *