Sah AS Rampas Kapal, Iran Beri Amaran Untuk Tindak Balas.

ISTANBUL — Iran memberi amaran atas tindak balas “tidak lama lagi” setelah pengesahan terhadap Tentera Amerika Syarikat (AS) merampas sebuah kapal milik negara itu, menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik media Iran.

Menurut Fars News Agency, Markas Pusat Khatam al-Anbiya memaklumkan, tentera AS menyasarkan kapal itu dengan melumpuhkan sistem navigasi sebelum menaikinya, dalam insiden yang didakwa mencabul gencatan senjata.

Jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari berkata, tentera AS turut melepaskan tembakan ke arah kapal itu sebelum mengambil alih.

“Amerika Syarikat yang bertindak agresif dengan melanggar gencatan senjata dan melakukan lanun maritim, telah menyerang sebuah kapal Iran selepas melumpuhkan sistem navigasinya.

“Kami memberi amaran angkatan tentera Iran akan segera bertindak balas dan membalas perbuatan lanun bersenjata oleh tentera AS ini,” kata Zolfaghari.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, AS memintas sebuah kapal kargo milik Iran semalam.

“Hari ini, sebuah kapal kargo berbendera Iran bernama TOUSKA cuba melepasi sekatan laut kami, dan ia tidak berjalan lancar untuk mereka,” ujar Trump menerusi platform Truth Social.

Menurut beliau, kapal itu tidak menghiraukan amaran AS supaya berhenti yang kemudian menghentikan pergerakan mereka serta-merta dengan menyerang bilik enjin.

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *