PETALING JAYA — Johor Darul Ta’zim (JDT) disahkan bebas daripada sebarang salah laku selepas siasatan terperinci dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) berhubung status beberapa pemainnya.
Perkara itu dimaklumkan menerusi surat rasmi AFF bertarikh 14 April yang menyatakan tiada asas untuk mengambil tindakan terhadap kelab berkenaan mahupun pemain yang terlibat, selepas penelitian menyeluruh terhadap dokumen serta peraturan berkaitan dilakukan.
Menurut AFF, tempoh siasatan yang panjang berpunca daripada kerumitan kes, termasuk keperluan menunggu keputusan prosiding di peringkat antarabangsa bagi memastikan setiap penilaian dibuat secara telus, adil dan berlandaskan peraturan sedia ada.
AFF turut mengesahkan tiada sebarang dokumen palsu dikemukakan sepanjang proses pendaftaran pemain JDT, selain ketiga-tiga pemain terbabit memiliki kewarganegaraan Malaysia ketika didaftarkan.
Sehubungan itu, AFF memutuskan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap JDT dalam kes berkenaan.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L