Oleh: Rokaid Chik
HARI ini terpahat kukuh dalam diari kehidupan seorang mahasiswa dan usahawan muda, Nurin Nasyatun Aesya Rokaid, 25, apabilae beliau naik ke pentas konvokesyen buat kali kedua di kampus utama UPSI.
Kali pertama pada 11 September lalu ketika menerima skrol Diploma Sains Matematik.
Hari ini merupakan kali kedua beliau naik ke pentas yang sama untuk menerima skrol bagi Ijazah pertamanya.
Nurin Nasyatun yang ditemui pada Majlis Konvokesyen di universiti itu hari ini kelihatan begitu teruja sekali.
Katanya, perjuangan beliau untuk menggenggam ijazah berbalas hari ini.
“Saya sangat gembira sekali akhirnya impian untuk mendapat ijazah ini dengan segala penat lelah dan susah payah berhasil sudah,” katanya.
Usahawan muda kelahiran Kampung Selising, Pasir Puteh, Kelantan kini merupakan pemilik Restoran Dominan di Telok Panglima Garang, Selangor yang menawarkan pelbagai menu popular Pantai Timur yang menjadi tarikan masyarakat sekitar seperti Nasi Kerabu Tumis, Nasi Dagang, Nasi Berlauk, Nasi Lemak, pelbagai jenis roti canai dan lain lain.
Apa yang membanggakan, selain pemilik restoran Dominan itu, beliau juga seorang peniaga pasar malam yang berniaga secara sambilan di Shah Alam, Selangor, dua hari seminggu dan empat hari sebulan.
Lebih membanggakan lagi apabila beliau sudah pun mampu menjana pendapatan hasil jualan dua cabang perniagaannya kira kira RM30,000 sebulan sebelum bergraduat lagi.
Bercerita lanjut, beliau memberitahu perniagaan yang diceburinya itu bermula secara suka suka bagi mengisi masa yang bermanfaat sementara menunggu majlis konvokesyen.
Katanya, beliau mendapat dorongan yang kuat daripada ayahnya seorang peniaga runcit dan borong suatu ketika dulu.

Ayah beliau juga merupakan seorang pengamal media, penulis dan juga pengkritik sosial.
“Saya sentiasa menyemat ingatan ayah di dada yang mengatakan berniaga sahaja lubang seseorang boleh kaya raya mahu pun menjadi jutawan.
“Kata ayah, berniaga ini jalan yang ditunjukkan nabi kita Rasulullah SAW. Bukankah ramai di kalangan orang Cina di Malaysia kaya raya dan menjadi jutawan kerana berniaga,” katanya.
Menyedari potensi besar sebagai usahawan beliau berkata, dia akan terus kekal menjana ekonomi sebagai usahawan restoran.
“Saya tidak lagi berhasrat mengejar kerjaya makan gaji dengan kerajaan pada masa akan datang,” ujarnya.
Tetapi, Nurin Nasyatun tetap mengutamakan pendidikan walaupun sebagai seorang usahawan.
“Ilmu atau pendidikan adalah satu jaringan dan rangkaian penting memajukan perniagaan,” katanya.
Menyedari potensi seorang usahawan, beliau berkata, dia akan terus kekal menjana ekonomi sebagai usahawan restoran.
“Ilmu atau pendidikan adalah satu jaringan dan rangkaian penting dalam memajukan perniagaan.
“Seseorang usahawan amat perlu kepada ilmu dengan belajar sehingga ke universiti,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
