PETALING JAYA – Suami isteri yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, ditemui lemas.
Pegawai Operasi Unit Penguatkuasaan dan Eksais Agensi Penguatkuasaan Maritim Selangor, Mohd Syafiq Sazali berkata, mayat pasangan itu dijumpai terapung kira-kira 0.1 batu nautika dari Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada jam 7.42 pagi tadi.
“Mayat berjaya kita ‘recover’ menggunakan aset dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta dibawa ke jeti Maritim Selangor,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala sepasang suami isteri dilaporkan hilang.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Darren Gan, 3; Cheu Son Hin, 50; dan Fong Yong Sen, 29; manakala yang hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.
Seorang lagi mangsa terselamat, iaitu Alvin Chang Yan Qin, 17 tahun.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001