Lima askar India maut seberang sungai dengan kereta kebal

NEW DELHI – Lima askar India maut ketika menyeberangi sungai di Wilayah Ladakh dengan menaiki sebuah kereta kebal pada Sabtu.

Mereka adalah peserta satu latihan kereta kebal di Daulat Beg Oldie, Wilayah Ladakh berhampiran Garisan Kawalan Sebenar (LAC) dengan China, lapor media tempatan.

Paras air naik dengan mendadak berikutan banjir kilat semasa mereka menyeberangi sungai pada awal hari ini, menenggelamkan kereta kebal T-72 yang dinaiki mereka, menurut laporan itu.

“Sungguh menyedihkan dengan kehilangan lima askar tentera darat India yang berani dalam kemalangan yang tidak diduga ketika menyeberangi sebatang sungai di Ladakh,” kata Menteri Pertahanan, Rajnath Singh. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *