BEIJING – China hari ini mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat melanda negara itu.
Ia juga memberi amaran mengenai kemungkinan bencana alam di beberapa kawasan yang terjejas, lapor Xinhua.
Beberapa kawasan di Anhui, Jiangsu, Hubei, Hunan, Jiangxi dan Guizhou dijangka mengalami hujan lebat, manakala beberapa kawasan lagi menerima taburan hujan sehingga 280 milimeter dalam tempoh 24 jam sehingga jam 2 petang Ahad, menurut ramalan Pusat Meteorologi Kebangsaan.
Agensi cuaca negara itu juga mengeluarkan amaran biru (tahap amaran terendah) di pelbagai wilayah lain termasuk Beijing, Hebei, Inner Mongolia, Hubei, Anhui dan Jiangsu.
Agensi meteorologi tertinggi negara dan Kementerian Sumber Asli memberi amaran bahawa terdapat risiko bencana alam di beberapa kawasan di Anhui dan Hubei, manakala sebahagian wilayah Zhejiang, Jiangxi, Henan, Hunan dan Guizhou juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga. – BERNAMA-XINHUA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252