Tentera Israel ikat lelaki Palestin di hadapan kenderaan ketika serbuan

Tentera Israel ikat lelaki Palestin di hadapan kenderaan ketika serbuan

BAITULMAQDIS – Tentera tentera Israel mengikat seorang lelaki Palestin yang cedera pada hadapan jip tentera semasa serbuan di bandar Jenin yang diduduki di Tebing Barat pada Sabtu.

Sebuah video yang tular di media sosial dan disahkan oleh Reuters menunjukkan seorang penduduk Palestin di Jenin, Mujahed Azmi, terikat pada hadapan jip yang melalui dua ambulans.

Tentera Israel, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya ditembak dan berbalas tembakan serta mencederakan seorang suspek sebelum menahannya.

“Askar kemudian melanggar protokol ketenteraan apabila suspek diambil suspek diikat di hadapan kenderaan letika serbuan,” katanya.

Tentera berkata ‘kelakuan pasukan tenteranya dalam video itu tidak menepati nilai tentera Israel’ dan kes itu akan disiasat serta ditangani segera manakala mangsa telah dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

Reuters dapat memadankan lokasi daripada rakaman yang menyokong dan disahkan serta dikongsi di media sosial, menunjukkan kenderaan mengangkut individu diikat di hadapannya di Jenin, malah tarikhnya disahkan oleh saksi yang ditemuramah Reuters.

Menurut keluarga Azmi, terdapat serbuan dan tangkapan, di mana dia cedera semasa operasi, mendorong keluarga meminta ambulans tetapi tentera sebaliknya mengikat Mujahed pada hadapan kenderaan dan memandu meninggalkan lawasan itu.

Keganasan di Tebing Barat, yang semakin meningkat sebelum perang Israel-Hamas di Gaza, kini bertambah buruk dengan serangan tentera yang lebih kerap ke atas kumpulan pejuang Islam.

Selain itu, keganasan peneroka haram Yahudi di perkampungan Palestin yang diduduki dan serangan jalanan di Palestin mengakibatkan ramai penduduk terbunuh. – Foto REUTERS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *