BERITA UTAMA

Amerika kuasa besar tanpa harga diri, lebih busuk dari bangkai

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat di sini menolak dari menerima sebarang memorandum pihak yang mengecam dan membantah kekejaman zionis ke atas umat Palestin dan terlibat melakukan genocide sejak berpuluh tahun.

Naib Presiden I Putra, Datuk Asmawar Samat berkata, memorandum itu dicapai pada perhimpunan aman anjuran HTM dan Putra pada 21 Jun lalu, tetapi tiada seorang wakil kedutaaan pun mahu menerima dan pintu pagar kedutaan ditutup rapat.

Jelas beliau, sikap AS ini jelas tidak bertamadun, tidak bermaruah, jijik walaupun dikatakan negara maju dan kuasa besar.

“Seekor kucing lebih mulia dari sebuah negara bernama Amerika. Ini mengesahkan sikap AS yang sebenarnya berpura-pura mendokong demokrasi dan hak asasi manusia.

“Perhimpunan Solidariti yang dimulai dengan perarakan dari Tabung Haji selepas solat Jumaat itu berkumpul di persimpangan Jalan Pekeliling berhadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat.

“Perhimpunan dianjurkan NGO iaitu HTM telah turut dihadiri oleh satu-satunya parti politik Putra bagi menyokong usaha dan initiatif ebagai penganjur. Usaha ini sangat terpuji dan disanjung,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurutnya, sebagai tanda kekecewaan, pemimpin HTM berpandangan, sistem pemerintahan secara ‘Khalifah’ perlu dikembalikan semula agar kesatuan dan kekuatan umat Islam yang tersohor pada suatu ketika dahulu dapat dipulihkan.

Apatah lagi, katanya, sekarang ini untuk berhadapan dengan isu pelanggaran hak asasi dan pembunuhan beramai-ramai yang kejam di Gaza, umat Islam seolah tidak dapat bangkit dari tekanan dan cengkaman musuh serta negara Islam.

“Negara Arab pun tidak dapat berbuat apa-apa malah ada yang menyokong Israel,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali pula menyifatkan aktivis yang hadir di perhimpunan itu umpama burung pipit, walaupun dianggap sesetengah pihak tidak signifikan, namun berkat bantuan Allah SWT, burung pipit pernah dapat menyelamatkan Kaabah di Kota Mekah daripada dimusnahkan oleh tentera bergajah Raja Abrahan (Al-Quran, Surah An Fil).

Menurut Asmawar, bagi mereka yang dahulunya jaguh reformasi, kini menerajui kerajaan, tidak ada yang bergolek di jalan raya untuk mengecam dan mengutuk kekejaman zionis.

“Dari jaguh bergolek-golek di jalan raya suatu ketika dahulu, kini menikus. Tidak kedengaran suara menentang penjualan saham MAHB kepada BlackRock yang merupakan pembekal senjata kepada Israel yang membunuh wanita, kanak-kanak dan warga Palestin yg tidak berdosa.

“Jadi, kita membuat bantahan dan memorandum ini tidak wajar ditolaknya mentah-mentah oleh pihak kedutaan yang mewakili kerajaan Amerika. Makanya, pihak Kedutaan telah mencemari diri dengan memberikan contoh tidak baik.

“Bukankah memorandum juga aduan dan pandangan rakyat kepada pihak berkuasa? Prinsip supaya aduan dan kritikan dianggap sebagai maklum balas yang berharga terdapat dalam buku tulisan Janelle Barlow and Claus Moller yang telah diterima pakai untuk diajar di institusi pendidikan tinggi dan pentadbiran negara di Amerika,” katanya.

Kata beliau, memandangkan memorandum dari pelbagai pihak itu telah ditolak, pihak aktivis juga mempunyai asas kukuh untuk mendesak kerajaan Malaysia menolak dengan tegas hasrat BlackRock yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penjualan senjata kepada Israel daripada membeli dan memiliki 30 peratus saham dalam MAHB.

Malah, ujar beliau, pembelian saham oleh BlackRock membuka ruang kepada kedaulatan negara terancam berdasarkan strategi mengguna syarikat swasta seperti BlackRock yang mempunyai dana lebih 10 trillion USD untuk membeli saham, bond dan projek penswastaan yang ada kaitan dengan pengangkutan. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *