BERITA UTAMA
Kandungan wanita dihempap pokok tumbang keguguran

Kandungan wanita dihempap pokok tumbang keguguran

KANGAR – Wanita hamil yang cedera selepas kemalangan motosikal bersama suaminya akibat ditimpa pokok tumbang ketika ribut di Kampung Padang Benta, Simpang Empat, di sini pagi tadi mengalami keguguran.

Kandungan wanita itu disahkan meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab berkata, pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mendapati mangsa, Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 didapati mengalami kecederaan pendarahan dalam kepala.

“Selain itu, mangsa turut patah tulang pinggang kiri dan kanan, manakala kandungannya yang berusia lima bulan disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Mangsa masih dirawat di Wad Kecemasan HTF bersama suaminya yang patah tulang paha kanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati ketika kejadian Nuraleya Syazreena menunggang motosikal berkenaan manakala suaminya, Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18, pula membonceng motosikal itu.

“Kejadian pada jam 3 pagi itu berlaku ketika pasangan suami isteri itu baharu pulang dari sebuah kedai makan di Sungai Baru, Simpang Empat ke kediaman mereka di Kampung Sungai Bugis.

“Setibanya di lokasi kejadian 15 minit kemudian, sebatang pokok tumbang menghempap motosikal mereka,” katanya.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke HTF Kangar untuk menerima rawatan. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *