Empat kementerian bincang strategi, pelan pelaksanaan rangkaian kedua 5G

KUALA LUMPUR – Perbincangan menyeluruh antara empat kementerian utama dilaksanakan bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G (Dual Network), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perbincangan berlangsung petang semalam melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Katanya, perbincangan tertumpu kepada fungsi serta peranan keempat-empat kementerian utama itu dalam menjayakan pelaksanaan rangkaian itu.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G serta akan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi serta kualiti hidup rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selain Fahmi, perbincangan itu disertai Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *