BERITA UTAMA

SPRM tahan peguam

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang peguam, hari ini, dipercayai menerima sogokan bernilai RM 1.6 juta daripada seorang usahawan.

Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, di sini, kira-kira jam 11 pagi.

“Sogokan itu dipercayai diberikan kepada peguam atas sebab membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan membabitkan usahawan.

“Peguam terbabit ditahan sebaik menerima wang tunai RM100,000 dan dua cek bernilai RM1.5 juta daripada usahawan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan permohonan reman. – BERITA HARIAN

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *