HULU SELANGOR – Dua pusat pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen ke-4 Infantri, dibuka serentak pada jam 8 pagi ini.
Proses pengundian awal itu melibatkan 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan yang akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.
Kedua-dua pusat pengundian awal berkenaan akan ditutup jam 5 petang nanti.
PRK kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.
DUN KKB mempunyai 40,226 pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu 11 Mei ini. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
