Rakyat sudah muak alasan pihak berkuasa – Dr. Puad

KUALA LUMPUR – Rakyat tidak teruja apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka sudah ada petunjuk baharu penyembunyian menantu mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, apa yang rakyat mahu ialah apabila suspek kes pecah amanah, Adlan Berhan akan dibawa balik dan didakwa.

“Sudah setahun dia dan peguamnya menghilangkan diri.

“Nampaknya SPRM dan polis kena belajar kaedah baharu mengesan serta membawa balik penjenayah VIP yang melarikan diri untuk didakwa.

“Intel dua agensi penguat kuasa ini masih ketinggalan dalam bab pelarian komersial bertaraf VIP. Ahli perniagaan Jho Low sudah bertahun hidup mewah di luar negara,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Khamis lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya mendapat petunjuk baharu mengenai keberadaan Muhammad Adlan yang juga menanti Muhyiddin.

Ia katanya, dikesan menerusi transaksi kad kredit milik ahli perniagaan itu, selain pihaknya turut mendapatkan kerjasama dari Polis Antarabangsa untuk mengesannya.

Puad berkata, rakyat sudah jemu mendengar alasan, malah negara luar sudah pun menangkap dan menghukum orang seperti Tim Leisnner dan Roger Ng (keduanya adalah (bekas pegawai Bank Goldman Sach).

Tetapi, katanya, mana Jho Low, Nik Faisal (pemegang akaun Ambank) dan Adlan Berhan? Apakah kalau mereka sanggup jadi “crown witness” baru mereka balik? Apakah Jasmin Loo jadi contoh? – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *