BERITA UTAMA

Putra kesal ada warganegara tidak fasih berbahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Negara sudah 67 tahun merdeka, tetapi anehnya masih ada segelintir warganegara tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Malah, tidak bersekolah sejak kecil juga bukan alasan munasabah untuk mereka mendakwa tidak dapat berkomunikasi bahasa Melayu, sedangkan sepanjang berada di negara ini mereka dikelilingi jiran, sahabat taulan dan ahli keluarga yang bertutur bahasa kebangsaan.

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Mohamed Shahrin Ismail berkata, kerajaan perlu lebih cakna dengan kepentingan bahasa Melayu dan memikirkan bagaimana untuk memperkasakan bahasa ibunda dengan memberi menetapkan setiap rakyat Malaysia wajib berbahasa Melayu.

Kata beliau, sewajarnya kerajaan menilai kembali kewujudan sekolah vernakular dan kewajipan rakyat untuk bersekolah di sekolah kebangsaan bagi memartabatkan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi negara.

“Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Mengapa timbul isu tidak fasih berbahasa Melayu di abad ini, sedangkan Malaysia telah merdeka hampir 67 tahun?

“Usia bukan halangan untuk warganegara Malaysia memberi alasan tidak tahu berbahasa Melayu kerana telah wujudnya sekolah kebangsaan sekian lama dan keharmonian kaum yang diamalkan paling tidak memberi kesan kepada rakyatnya fasih.

“Menjalani kehidupan di negara ini bersama bangsa majoriti adalah Melayu Islam memberi kelebihan kepada individu tersebut untuk faham dan memahami setiap perkataan atau ungkapan yang mereka gunakan semasa berinteraksi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas rasa tidak puas hati seorang individu yang mendakwa ibunya gagal memperbaharui pasport di Pejabat Imigresen UTC Komtar, Pulau Pinang atas alasan tidak fasih berbahasa Melayu.

Menurut Mohamed Shahrin, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa ibunda itu harus dihormati bukan didiskriminasi memperjuangkan selain bahasa Melayu, malah mempertahankannya juga menjadi kewajipan kepada rakyat.

Jelas beliau, tanggapan naratif sesetengah pihak mengenai bahasa Melayu adalah bahasa kedua atau mundur amat mengecewakan, sedangkan pemerintah di China mengambil pendekatan mewujudkan 14 universiti di negara itu.

“Malah, kerajaan mereka menyediakan Pengajian Ketamadunan Melayu serta mengkaji dan memahami budaya orang Melayu.

“Mereka melihat sejarah bangsa Melayu yang sangat unik dan hebat serta mengakui tamadun Melayu antara yang terawal berkembang di Asia melalui pembuktian sejarah dan kehebatan bangsa Melayu itu sendiri sejak dahulu hingga sekarang,” katanya.

Kata beliau, apa nilai sesebuah negara apabila menggunakan bahasa selain bahasa ibunda mereka, sedangkan ia menunjukkan identiti diri mereka.

“Jika betul sayangkan negara, jika benar ingin mempertahankan negara, jika benar susur galur keturunan adalah rakyat Malaysia, fahami dahulu bahasa ibunda supaya apabila ditanya tiada pelbagai alasan diberikan ibarat siapa pendatang siapa pemastautin di negara ini.

“Usaha kerajaan Madani untuk memupuk semangat perpaduan juga berat sebelah apabila dilihat menyebelahi kaum minoriti dengan mengalakkan kanak-kanak membaca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham dan merai perbezaan.

“Mengapa orang Islam majoriti dalam negara perlu memahami ajaran bangsa lain, sedangkan kita hendak memperkenalkan tulisan Jawi dalam buku teks pun dibantah sekeras-kerasnya oleh pemimpin bukan Islam,” soal beliau.

Mohamed Shahrin berkata, selayaknya sebagai golongan majoriti, orang Melayu perlu tegas dalam mengembangkan ajaran agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan iaitu agama rasmi persekutuan.

Katanya, bukan Melayu dan bukan Islam sepatutnya memahami dengan membaca buku sirah Nabi Muhammad mengenai toleransi, diplomasi Islam seta menghormati ajaran itu.

Mengenai isu keselamatan juga katanya, perlu dititikberatkan dengan kebanjiran warga pendatang yang melihat negara ini sebagai lubuk emas dan tinggal di sini menikmati keistimewaan serta kelebihan berbanding warganegara.

Ujar beliau, ketirisan penguatkuasaan penjawat awam apabila ramai pendatang asing tinggal lebih masa atau masuk melalui Lorong tikus amat membimbangkan sehingga Malaysia menjadi negara tumpuan pendatang tanpa izin untuk mencari rezeki akibat kecuaian dan kelemahan.

“Generasi akan datang menerima akibat ini apabila isu kewarganegaraan diambil mudah oleh kerajaan.

“Putra melaksanakan kempen mempertahankan bahasa Melayu sejak ditubuhkan lagi supaya desakan demi desakan kepada kerajaan memperkasakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi kerajaan serta menolak sekolah vernakular agar setiap rakyat menghormati negara ini dengan kefahaman mengenai sosial budaya dan adat resam warganya bagi menjamin kesejahteraan, kedaulatan, keharmonian dan perpaduan negara,” ujar beliau. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

One thought on “Putra kesal ada warganegara tidak fasih berbahasa Melayu

  1. PENDAPAT PERIBADI SAYA LAH DOSA PERTAMA IALAH DOSA DARI UMNO YG MANA ORG MELAYU KENA TANGGUNG SELAMA 62 TAHUN MEREKA PERINTAH TAK BUAT APA² UTK MENGHAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR. MALAH MEREKA TERPAKSA FAVOR TO KAUM CINA SEMATA-MATA TAK MAU HILANG UNDI & KUASA.
    DOSA YG KEDUA IALAH APA BILA BAPA KEMERDEKAAN YG SEBENAR DIPENJARAKAN OLEH INGGIS & TALI BARU INGGERIS. (DR. BURHANUDDIN
    DOSA KETIGA APABILA TUNKU ABDUL RAHMAN TERGESA-GESA DECLARE KEMERDEKAAN YG PENUH MUSLIHAT & SYARAT INGGERIS YG BERAT KAUM CINA & PENDATANG.
    YG MANA SEKARANG NI NK DPT MEJA ROTI PUN PAYAH. PATUT TUNGGU 2 TAHUN SAJA THEN KITA DPT FULL MERDEKA TANPA CAMPUR TGN PENJAJAJH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *