BERITA UTAMA

Lori bawa muatan tong klorin terbakar

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka melaporkan sebuah lori terbakar di KM215.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Alor Gajah, pagi ini.

Seramai 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bersama dua unit jentera FRT dan satu unit jentera HAZMAT terlibat dalam operasi itu yang diketuai Komander Operasi PBK II, Mohd Sany Sahari.

Menurut laporan, kes kebakaran itu melibatkan bahagian kepala lori yang membawa muatan tong klorin kosong.

“Pasukan Bomba mula mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu meal air tangki jentera dan foam.

“Dua Diver dari pasukan HAZMAT dihantar masuk ke kawasan ‘Hot Zon’ untuk melakukan bacaan udara.

“Bacaan adalah 0 ppm dan keadaan selamat, manakala seeorang lelaki berusia 49 tahun dipercayai pemandu lori selamat,” katanya. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *