Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, semalam selepas mengalami small spontaneous pneumothorax.

Ketika ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).

Kesihatan mantan Perdana Menteri itu disahkan sendiri ahli keluarganya menerusi kenyataan hari ini.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik, namun memerlukan rehat yang secukupnya.

“Pihak keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan.

“Tetapi, pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah dalam kemas kini di Instagram Story turut mengesahkan perkara sama dan memaklumkan keadaan bapa mentuanya itu dalam keadaan baik ketika ini.

“Namun, (Abdullah) memerlukan rehat yang secukupnya. Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau.

“Tetapi, pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” kata bekas Menteri Kesihatan itu. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *