KUALA LUMPUR – Kerajaan bukan hanya menyasarkan pasaran dalam negeri, tetapu turut menjadi hab automotif bagi Rantau Asean.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, dengan komitmen pelaburan keseluruhan RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang Pembangunan Hab Auto (MCE) dijangka meningkat keupayaan pengeluarannya.
Ini katanya, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk komponen dan sistem elektronik yang lebih canggih bagi kedua-dua EV serta kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE).
“Pelaburan tambahan ini juga mencerminkan keyakinan pelabur sedia ada terhadap dasar kerajaan yang kukuh, yang mendorong pemain automotif Malaysia untuk semakin berkembang sambil mencipta produk dan inovasi baru.
“Ini juga akan memantapkan daya saing Malaysia sebagai hab automotif serantau di peringkat global.
“Yang paling penting, semua pelaburan di Malaysia ini akan terus menyediakan peluang bagi pelbagai PKS dan juga pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri acara pecah tanah MCE Auto Hub. Pembangunan Hab Auto MCE di sini.
Jelas beliau, ini juga mencerminkan dasar strategik kerajaan dan MITI bagi memupuk pertumbuhan serta inovasi dalam sektor automotif Malaysia. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!